Selasa, 24 Februari 2009

C4i








  • Lebih tertumpu kepada bidang tugas kepolisian.
  • Mempunyai integrasi dengan Mobile Data Control System (MDCS), Sistem Pengesanan Kenderaan Automatik (AVLS), RAKANCOP, CCTV dan Agensi Penguat Kuasa yang berkenaan seperti JPJ dan Jabatan Imigresen.
  • Pusat kawalan C4i beroperasi 24 x 4.
  • Beroperasi sepenuhnya di kawasan Selangor dan Kuala Lumpur.
  • Menggunakan GIS bagi tujuan memantau pergerakan unit peronda polis atau mobile patrol vehicle (MPV).
  • Tempoh masa respons adalah sekitar 10 minit

Pendahuluan

  • Hubungan & kerjasama yang kukuh antara polis & masyarakat sentiasa perlu dipertingkatkan dari masa ke semasa bagi mewujudkan ‘bandar selamat’ dengan menggunakan slogan ‘bersama memerangi jenayah’.
  • Sistem penyaluran maklumat melalui kemudahan telekomunikasi terkini merupakan medium perantara untuk memudahkan interaksi dua hala antara polis & masyarakat.
  • Pusat kawalan polis bertindak sebagai ‘nadi’ bagi memantau dan menguruskan maklumat serta menggerakan tenaga polis untuk memberikan perkhidmatan pantas dalam apa jua situasi.

Konsep

  • Berkonsep ‘Community Oriented Policing’ dan ‘Smart Partnership’.
  • Menggalakkan kerjasama dan pembabitan masyarakat bagi membantu polis dalam memerangi jenayah & menentukan keselamatan dengan cara menyalurkan maklumat tepat & pantas.
  • Memberi ‘empowerment’ kepada masyarakat agar dapat memainkan peranan yang lebih aktif & positif dalam menjaga keselamatan setempat serta kurang bergantung kepada polis. Ini akan dapat mewujudkan peranan & budaya ‘tanggungjawab bersama’ ( shared responsibility).
  • Respon pantas polis akan meningkatan keyakinan masyarakat terhadap kewibawaan polis & kehadiran polis sentiasa dirasai.

Misi















  • Menjadikan sistem penyaluran maklumat melalui medium perantara sebagai wadah untuk mengeratkan hubungan polis & masyarakat.
  • Memberi didikan & kesedaran kepada masyarakat mengenai tanggungjawab bersama (shared responsibility) dalam memerangi jenayah serta menjaga keselamatan setempat.
  • Menggalak dan membudayakan masyarakat supaya berani tampil untuk menyalurkan maklumat bagi membolehkan polis bertindak dengan pantas.
  • Menguruskan maklumat secara profesional & berkesan.

Cabaran

  • Persepsi negatif masyarakat terhadap kegagalan / sikap acuh tidak acuh polis dalam mengambil tindakan / respon terhadap maklumat yang disalurkan.
  • Maklumat yang tidak lengkap / tidak tepat.
  • Pemberi maklumat tidak dapat di hubungi atau enggan bekerjasama bagi mendapatkan maklumat lanjut.
  • Talian ‘hunting lines’ hotline yang terhad.
  • Mengemaskini pengisian maklumat semasa dalam website.
  • Response time.
  • Sikap tidak komited / tidak bertanggungjawab petugas-petugas yang mengendali sistem maklumat polis.

Kelebihan Sistem Maklumat Polis

  • Identiti pemberi maklumat tidak terdedah & dikenali dengan nombor kod / nama samaran sahaja.
  • Maklumat cepat & mudah disalurkan tanpa kerenah.
  • Maklumat diterima dalam bentuk catatan & direkodkan dalam database.
  • Jumlah dan kategori maklumat dapat di analisa untuk kajian perancangan tindakan polis.
  • Setiap maklumat dapat dipantau untuk memastikan tindakan diambil.
  • Melalui sistem ‘on line’ maklumat juga dapat disalurkan dengan pantas ke sistem radio / tv untuk hebahan jika perlu.
  • Masyarakat akan merasa megah kerana dapat memainkan peranan dan menyumbang ke arah mewujudkan persekitaran selamat dan kondusif.
  • Masyarakat dan polis dapat bekerjasama dalam semangat ‘bersama memerangi jenayah’ bagi mewujudkan ‘bandar selamat’.

Isnin, 23 Februari 2009

Analisis ~ Pencapaian















  • Sistem C4i telah memertabatkan imej cemerlang PDRM dalam :
  • Respon yang cepat dan pantas terhadap sesuatu situasi khususnya kejadian jenayah /bencana. (Hasil kajian ‘response time’ di KL ialah 8.2 minit berbanding 8 minit oleh Scotland Yard Police, London yang diwar-warkan sebagai ‘reponse time’ terbaik di dunia).
  • Mengintegrasikan unit-unit PDRM dibarisan hadapan.
  • Menguruskan maklumat-maklumat yang diterima secara profesional dan boleh disimpan di ‘Data Bank’ untuk tujuan rujukan / perancangan pencegahan jenayah.
  • Menguruskan majlis (event) termasuk di peringkat antarabangsa dengan jayanya.
  • Berjaya mengubah persepsi negatif masyarakat terhadap kredibiliti PDRM kepada yang lebih positif terutama keyakinan masyarakat terhadap perkhidmatan polis.